Posts

Showing posts from March, 2021

BBM3410-2021-MINGGU1B

Image
    Cerita sosial 1⇩ Watak 1.         Alim 2.        Nenek 3.        Datuk 4.        Ibu 5.        Ayah 6.        Abang Imran 7.        Kak Madinah 8.        Aisyah Latar tempat 1.         Rumah datuk dan nenek di Kajang 2.        Di tepi reban 3.        Di dalam kereta 4.        Di dalam rumah datuk dan nenek 5.        Di ruang tamu rumah datuk dan nenek Latar masa        Latar masyarakat 1.         Masyarakat yang penyayang. Contoh: Alim mencari ayam dan itik datuk dan neneknya namun dia sedih kerana dia menyangkakan bahawa haiwan ternakan itu telah mati 2.        Masyarakat yang prihatin. Contoh: datuk, nenek, ayah dan ibu risau melihat Alim yang berubah perwatakan secara tiba-tiba tanpa mengetahui sebab yang pasti 3.        Masyarakat yang menghargai. Contoh: Alim menangis kerana dia menyangkakan dia

BBM3410-2021-Minggu1A

Image
💞 Hi, assalamualaikum. Nama diberi, Nor Fatin Suraya Nabilla Binti Rahimi. Bernombor matrik 203924. Aku berasal dari negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga, iaitu Kelantan Darul Naim. Aku merupakan seorang penuntut di salah satu universiti yang terkemuka, Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Berusia 23 tahun dan tahun ini adalah tahun kedua aku sebagai mahasiswi di UPM. Tidak mempunyai apa-apa keistimewaan, kecuali suka makan. Menjalani kehidupan seperti kebanyakan manusia, bernafas dan menghirup udara segar yang telah dianugerahkan oleh tuhan. Mempunyai cita-cita namun belum pasti akan merealisasikannya, atau tidak. Jika kalian bertanya, mengapa tajuk blog ini 'The Dream Catcher'? Jawapannya adalah kerana aku, seorang manusia yang suka bermimpi. Seorang manusia yang suka menyimpan angan. Homosapiens yang berjiwa sentimental. Tapi, angan-angan yang ku cipta tidak pernah hampa pengakhirannya. Persona yang gemar bercerita, sentiasa m