BBM3410-2021-Minggu1A

💞


Hi, assalamualaikum. Nama diberi, Nor Fatin Suraya Nabilla Binti Rahimi. Bernombor matrik 203924. Aku berasal dari negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga, iaitu Kelantan Darul Naim. Aku merupakan seorang penuntut di salah satu universiti yang terkemuka, Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Berusia 23 tahun dan tahun ini adalah tahun kedua aku sebagai mahasiswi di UPM.

Tidak mempunyai apa-apa keistimewaan, kecuali suka makan. Menjalani kehidupan seperti kebanyakan manusia, bernafas dan menghirup udara segar yang telah dianugerahkan oleh tuhan. Mempunyai cita-cita namun belum pasti akan merealisasikannya, atau tidak. Jika kalian bertanya, mengapa tajuk blog ini 'The Dream Catcher'? Jawapannya adalah kerana aku, seorang manusia yang suka bermimpi. Seorang manusia yang suka menyimpan angan. Homosapiens yang berjiwa sentimental. Tapi, angan-angan yang ku cipta tidak pernah hampa pengakhirannya. Persona yang gemar bercerita, sentiasa mendengar, dan untuk menghilangkan gundah, lagu yang kucipta dengan bait yang berterabur aku nyanyikan. 

Sampai disini saja pengenalanku. Jumpa lagi! Adios.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021