BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT
Dalam rancangan sembang tamu celik bahasa isyarat yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Yang Bhg Profesor Dr.Normaliza Abd Rahim, yang merupakan pensyarah dari Universiti Putra Malaysia, beliau mengatakan bahawa semua lapisan masyarakat tidak mengira siapa pun mereka harus mempunyai kesedaran dalam mempelajari bahasa isyarat. Prof.Dr Normaliza Abd Rahim juga mengatakan bahawa bahasa isyarat boleh diguna pakai dalam keadaan tertentu seperti apabila mengalami masalah kesihatan dan sebagainya. Prof.Dr Normaliza mengatakan bahawa beliau hanya mengambil masa 2 bulan sahaja untuk memahami bahasa isyarat. Bukan sahaja belajar dalam masa yang singkat, malah beliau juga belajar hanya dari Twitter! Hebatnya Prof.Dr Normaliza ini! Beliau turut mengatakan bahawa sekiranya ingin belajar bahasa isyarat, cukuplah hanya sekadar bahasa yang asas. Kita perlu belajar peringkat demi peringkat agar kita dapat memahami betapa istimewa bahasa isyarat yang wujud. Ini demikian kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang istimewanya bahasa tersebut. Untuk menjadi seorang penutur yang hebat, kita perlu memahami bahasa isyarat itu sendiri. Bahasa isyarat adalah bahasa yang ideal digunakan dalam apa-apa jenis komunikasi sekalipun. apabila seseorang itu memahami bahasa isyarat, ianya adalah satu bahasa yang hebat. Bahasa isyarat juga adalah bahasa yang penting bagi pelajar universiti kerana bahasa isyarat dapat memberi banyak manfaat dan kebaikan. Ini akan diguna pakai kelak apabila para pelajar itu sendiri sudah bertukar status menjadi seorang pekerja.
Comments
Post a Comment