BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus
Cerita sosial 2:
Saya yang istimewa
Mengisahkan tentang
seorang budak lelaki yang bernama Alim. Alim tinggal bersama kedua ibu bapanya
serta mempunyai seorang abang, seorang kakak dan seorang adik. Alim amat akrab
dengan adik beradiknya. Suatu hari, ayah Alim membawa pulang buah-buahan
tempatan yang dibeli dari pasar tani. Hal ini kerana ayahnya tahu Alim dan
adik-beradiknya sangat menggemari buah-buahan tempatan. Terdapat beberapa jenis
buah-buahan yang dibeli iaitu buah rambutan, buah durian, buah manggis buah
langsat, buah duku, dan sebagainya. sebelum menikmati buah-buahan tersebut,
ibunya akan memastikan bahawa plastik atau bakul sampah disediakan terlebih
dahulu. Ini untuk mengelakkan ruang di dalam rumah menjadi kotor dan tidak
bersih. Sewaktu menikmati buah-buahan tersebut bersama keluarganya, Alim segera
teringatkan sahabatnya Sulaiman. Sulaiman merupakan jirannya, iaitu anak kepada
Mak cik Timah dan Pak cik Yaakub. Alim meminta izin ibu dan ayahnya untuk
berkongsi buah-buahan tersebut bersama Sulaiman dan keluarganya. Ibu dan
ayahnya mengizinkan kerana mereka pernah memberitahu Alim bahawa berkongsi
makanan dan barangan dengan orang lain adalah satu perbuatan yang baik. ibunya
memberitahu Alim bahawa ibunya melihat Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di
halaman rumahnya. Lalu, ibunya mengasingkan buah yang hendak diberi kepada
Sulaiman kedalam plastik yang berwarna merah. Alim berjalan keluar rumah dan
menyapa Sulaiman. Alim menyerahkan bungkusan yang berisi buah-buahan tempatan
kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Setelah memberi
buah-buahan tersebut kepada Sulaiman, Alim masuk ke dalam rumah untuk
menyambung makan buah-buahan tempatan yang dibeli oleh ayahnya. Setelah habis
makan, Alim membersihkan rumah bersama ibu dan ayah, serta adik-beradiknya
iaitu abang Imran, Kak Madinah dan adiknya Aisyah. Kemudian, Alim membawa
bungkusan sampah untuk dibuang di luar. Sewaktu di luar rumah, Alim melihat ibu
Sulaiman iaitu Mak cik Timah. Mak cik Timah sedang menyapu sampah di luar
rumah. Ibu Sulaiman, Mak cik Timah menyapa Alim dengan mengucapkan terima kasih
kepadanya kerana telah memberikan buah-buahan tempatan kepada Alim. Alim berkata
bahawa ibu dan ayahnya mengajarnya untuk sentiasa berkongsi kerana itu adalah
amalan yang baik. Ibunya juga sering mengingatkan bahawa jiran mereka itu
adalah orang yang baik. Mak cik Timah memuji Alim dengan mengatakan bahawa Alim
anak yang baik. Alim melihat Mak cik Timah mempamerkan wajah yang sedih. Alim bertanya
kepada Mak cik Timah adakah dia sedih. Mak cik Timah menjawab dia tidak sedih,
melainkan dia gembira kerana Alim begitu baik dengan anaknya Sulaiman. Alim mengatakan
bahawa dia suka kepada Sulaiman kerana Sulaiman adalah sahabatnya. Alim berlalu
ke dalam rumah. Mak cik Timah melihat Alim dan mendoakan kesejahteraan dan
kesihatan keluarga Alim.
Comments
Post a Comment