BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN- TAMING SARI

 

Elemen Keseimbangan (Internet)

      i.        Gambar 1



Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri papan iklan tersebut mengandungi teks dan ruang kanan pula mengandungi gambar roti bun yang besar yang dapat mengimbangi teks di ruang sebelah kiri. Margin atas dan bawah dalam papan iklan tersebut juga sama dan seimbang.

Rujukan:

https://cdn2.f-cdn.com/contestentries/1420651/18874083/5ba8f4e8d67ce_thumb900.jpg

 

    ii.        Gambar 2



Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen keseimbangan. Imej burger dengan perkataan adalah seimbang dan saiz ketinggian yang sama besar. Imej burger dan perkataan adalah seimbang dari segi ruang bahagian kiri dan kanan serta atas dan bawah. Oleh itu, grafik ini boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.

Rujukan:  https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fmumbrella.com.au%2Fbig-macs-50th-birthday-ads-from-across-the-globe-518388&psig=AOvVaw0naLkjTGkzpDwZHoAfRT48&ust=1617435337572000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCIDCkOuL3-8CFQAAAAAdAAAAABAP

 

   iii.        Gambar 3

            


            Elemen:  Keseimbangan

Tema:  Bunga

Huraian:   Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah. Dalam gambar tersebut menunjukkan imej bunga di tengah-tengah gambar. Ini memberikan keseimbangan terhadap ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah kerana pemberatan imej bunga hanya ada ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang terdapat dalam gambar tersebut dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya nampak lebih kemas dan menarik.

Rujukan:  https://images.app.goo.gl/dZzATbg8dSQ3rc249

 

 

 

   iv.        Gambar 4



Elemen: Keseimbangan
Tema: Papan Iklan
Huraian: Gambar tersebut mengetengahkan eleman keseimbangan. Gambar ini seimbang dari segi penggunaan ruang di bahagian kiri dan kanan serta teks yang digunakan juga seimbang kerana telah dijustifikasi. Ruangan di bahagian atas dan bawah gambar tersebut juga seimbang mengikut pemilihan warna yang gelap pada kedua-dua bahagian tersebut. Penggunaan warna yang gelap dapat menyeimbangkan gambar itu.
Rujukan:
http://www.imsonline.in/10-steps-to-create-an-effective-billboard-ads/

    v.        Gambar 5



Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Huraian: Gambar ini sangat menarik perhatian. Susunan batu yang sama dapat menimbulkan prinsip keseimbangan iaitu sama ada antara kiri dan kanan atau atas dan juga bawah. Tambahan juga batu yang berada di bahagian tengah gambar kelihatan dominan berbanding pemandangan laut di bahagian belakang. Jelaslah, gambar ini menekankan elemen keseimbangan.

Rujukan: https://nurcahyoadikusumo.com/keseimbangan-3h-dalam-hidup-dan-kehidupan-manusia/

 

   vi.        Gambar 6



Elemen: Keseimbangan

Tema: Minuman

Huraian: Gambar ini menekankan elemen keseimbangan dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana, penggunaan ruang yang sangat padat dan sesuai dengan watak yang ada dalam gambar. Keseimbanggan menyusun watak buah limau dan daun untuk memenuhi ruang kiri kanan dan ruanga atas bawah menunjukkan gambar ini  berat kepada elemen keseimbangan. Oleh itu, gambar ini sangat menarik kerana pembahagian ruang yang seimbang untuk menyampaikan mesej.

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.deviantart.com%2Femcyart%2Fart%2FOrange-Juice-Advertising-849450643&psig=AOvVaw0tcz3QbW55j92VKC21LkRv&ust=1617293969887000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCODikuL32u8CFQAAAAAdAAAAABAI

 

  vii.        Gambar 7



Elemen: Keseimbangan

Tema: Produk

Huraian: Elemen asas grafik yang paling menonjol dalam foto di atas ialah elemen keseimbangan. Objek diletakkan di bahagian tengah pada setiap pecahan kotak mengikut tema warna yang berbeza-beza iaitu, merah jambu, oren dan biru muda. Ruangan kosong pada bahagian kiri, kanan, atas dan bawah untuk ketiga-tiga pecahan adalah sama dan terlihat sangat seimbang. Latar berbentuk bunga diletakkan pada bahagian belakang ketiga-tiga objek, dan bukannya satu atau dua sahaja agar ketiga-tiga objek kelihatan sama dan seimbang meskipun di dalam kotak yang berbeza.

Rujukan: https://www.packagingoftheworld.com/2017/09/botanics.html?m=1

 

viii.        Gambar 8



Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Huraian: Gambar di atas menunjukkan bukit dan gunung yang berdiri tegak di antara sebatang sungai. Berlatarkan langit yang cerah. Mampu menarik minat sesiapa sahaja yang memandang. Ianya mempamerkan keseimbangan yang jelas.

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fpemandangan-indah-negara china%2F&psig=AOvVaw0UddVJKyI761vUgK9nYXe_&ust=1617466405543000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCNjRyon63-8CFQAAAAAdAAAAABAa

 

   ix.        Gambar 9



Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Huraian: Elemen yang diketengahkan dari gambar ini ialah elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan ini ditentukan dari ruang yang terisi di sebelah kiri dan kanan. Perkataan “Another episode? SNACK IT TO ME!” di letakkan selaras dengan bahagian atas pek bungkusan. Manakala tulisan ‘Presented by ‘diletakkan sebaris dengan ruang bawah pek bungkusan makanan. Oleh itu, gambar ini dapat kita kategorikan sebagai elemen keseimbangan.

Rujukan: https://www.google.com/search?q=ads&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjasceZxuHvAhUuyjgGHd4dCyUQ_AUoAXoECAEQAw#imgrc=5L5HXj98CGGV_M

 

    x.        Gambar 10



Elemen: Keseimbangan

Tema: Siaran Televisyen

Huraian: Gambar iklan siaran televisyen di atas menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang dalam gambar tersebut diseimbangkan dengan kehadiran imej dan teks tertentu. Dalam konteks gambar ini, ruang sebelah kiri gambar memaparkan imej lereng gunung seimbang dengan imej lereng gunung di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas pula terdapat teks ‘The Croods’ manakala di sebelah bawah terdapat imej figura kartun. Maka, penggunaan latar belakang yang berwarna biru juga diseimbangkan dengan imej hadapan gambar yang berwarna hijau.

Rujukan: https://images.app.goo.gl/zWowNDWL4fgcmUW36

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Elemen Keseimbangan (Sendiri)

      i.        Gambar 1



Elemen: Keseimbangan

Tema: Buku

Huraian:   Imej di atas menunjukkan elemen keseimbangan pada buku. Tulisan pada buku tersebut menunjukkan keseimbangan dalam ruang. Saiz ruangan kosong bahagian kira dan kanan serta bahagian atas dan bawah pada buku adalah seimbang. Tiada apa-apa corak atau unsur grafik lain hadir di antara ruangan kosong tersebut. Latar buku yang gelap menyerlahkan warna teks yang cerah. Maka, teks seimbang dengan latar buku yang gelap.

 

    ii.        Gambar 2



Elemen:  Keseimbangan

Tema:  Makanan

Huraian:  Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah. Dalam gambar tersebut menunjukkan imej makanan di tengah-tengah gambar. Ini memberikan keseimbangan terhadap ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah kerana pemberatan imej hanya ada ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang terdapat dalam gambar tersebut dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya nampak lebih kemas dan menarik.

 

   iii.        Gambar 3



Elemen: Keseimbangan
Tema: Produk Wangian
Huraian: Gambar tersebut mengetengahkan eleman keseimbangan. Walaupun terdapat kesemua elemen asas grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang dipaparkan lebih memberatkan kepada elemen keseimbangan. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan ruang kiri dan kanan serta atas dan bawahnya adalah sama ataupun seimbang. Susunan setiap botol wangian juga kelihatan seimbang dan teliti.

 

   iv.        Gambar 4



Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Huraian: Gambar ini menekankan elemen keseimbangan dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana, penggunaan ruang yang sangat padat bersesuai dengan watak yang ada dalam gambar. Keseimbanggan menyusun watak 4 batang Rolls, 3 pek Super Crunch, 8 biji gula-gula untuk memenuhi pinggan sangat kreatif. Penggunaan ruang kiri kanan dan ruang atas bawah juga sangat seimbang serta dapat menarik tumpuan orang ramai terhadap mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, gambar ini seimbang kerana penggunaan ruang yang maksimum dapat menyapaikan mesej kepada orang ramai.

 

    v.        Gambar 5



Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri dan ruang kanan foto mempunyai ruang kosong yang sama. Kedudukan biskut di tengah-tengah piring dapat mengimbangi seluruh ruang kosong di dalan foto tersebut. Margin atas dan bawah dalam foto tersebut juga sama dan seimbang.

 

   vi.        Gambar 6



Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Huraian: Elemen asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di atas ialah elemen keseimbangan. Pembahagian dua warna kotak bagi latar warna objek di dibahagikan dengan sekata. Selain itu, saiz objek dan teks juga menggunakan saiz yang sama besar. Ruang kosong kiri, kanan,  atas,  dan bawah juga sekata dan kelihatan sangat stabil

 

  vii.        Gambar 7



Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Huraian: Pemandangan langit yang seimbang antara awan dan pokok menunjukkan susun atur yang kemas bagi sesebuah gambar. Jumlah awan pada langit dan jumlah pokok menunjukkan keseimbangan yang nyata. Gambar ini mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Gabungan warna yang seimbang menyejukkan lagi mata yang memandang.

 

viii.        Gambar 8



Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Huraian: Gambar ini dipilih sebagai elemen keseimbangan. Hal ini demikian kerana gambar ini makanan itu terletak betul-betul di bahagian titik fokus kamera. Warna juga memainkan peranan yang penting dalam gambar ini di mana warna putih menjadi perantaraan dengan warna latar dan warna subjek. Oleh itu, keseimbangan dalam gambar ini bermula dari tengah titik fokus kamera.

 

   ix.        Gambar 9



Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan segera

Huraian: Gambar yang diambil ini sangat seimbang dan menarik perhatian khususnya pada bahagian warna. Tetapi, susunan yang sama dan seimbang diantara bahagian kiri dan juga kanan menjadikan objek kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna. Secara tidak langsung, susunan makanan di dalam gambar ini merupakan daya tarikan pertama yang dilihat oleh orang. Maka jelaslah, gambar ini menunjukkan elemen keseimbangan.

 

    x.        Gambar 10



Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Huraian: Gambar di atas menjelaskan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang seperti ruang atas, bawah, sebelah kanan, dan sebelah kiri gambar diseimbangkan dengan imej objek di pantai. Terdapat latar belakang imej bukit di sebelah kiri gambar dan diseimbangkan dengan imej bukit di sebelah kanan gambar. Di posisi hadapan gambar pula, kewujudan batu-batuan di sebelah kiri gambar diseimbangkan dengan batu-batuan dan deruan ombak perlahan di sebelah kanan gambar menyebabkan gambar kelihatan seimbang. Hamparan imej awan putih di bahagian atas gambar pula diseimbangkan dengan imej batu-batuan di di persisiran pantai.

 

Ketua: Nur Suraya binti Sulaiman (204114)

Penolong: Siti Fairuz binti Samsudin (203302)

 

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021