BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN- TAMING SARI
ASAS GRAFIK - KESESUAIAN (INTERNET) - TAMING SARI
Elemen : Kesesuaian (Internet)
Tema : Minuman
Huraian : Gambar
ini cukup menarik dengan kobinasi elemen grafik yang
bersesuaian. Hal ini kerana, penggunaan latar
yang gelam mampu menonjolkan watak secawan kopi. Kehadiran watak biji kopi
dalam gambar mengukuhkan lagi penyampaian mesej dalam grafik kerana ia
bersesuiaan dengan maklumat yang ingin disampaikan. Oleh itu, gambar ini
mengngetengahkan elemen kesesuaian untuk menarik perhatian orang ramai.
Rujukan : 1363093415_8057.jpg (350×350) (dreamlair.net)
Elemen : Kesesuaian
Tema : Minuman
Huraian : Gambar
di atas menunjukkan elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini kerana gambar
tersebut memaparkan tiga orang atlet yang sedang berlari. Kehadiran effect imej juga meningkatkan lagi kadar
tenaga yang digunakan oleh atlet tersebut semasa berlari. Produk minuman Milo
sememangnya terkenal dengan slogannya, iaitu sebagai minuman membekalkan
tenaga. Penggunaan imej atlet tersebut sesuai dengan tulisan di bahagian atas
gambar tersebut, iaitu ‘Energy to Go
Further Every Day’.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/yniUxodQvb8XNTpc9
Elemen : Kesesuaian
Tema : Minuman
Huraian : Elemen
yang paling menonjol dalam foto di atas ialah elemen
kesesuaian. Hal ini
kerana, minuman yang ingin dipromosikan berlatar belakangkan bahan-bahan yang
dapat menjelaskan rasa minuman tersebut. Limau dapat menggambarkan perisa dan
ais pula dapat mengambarkan kesegaran dan sejuk terhadap minuman tersebut.
Keseluruhannya, kesemua bahan yang digunakan sangat bersesuaian antara satu
sama lain dan dapat memberi pemahaman yang jelas dan secara menyelurh tentang
minuman tersebut.
Rujukan : https://www.behance.net/gallery/31355485/7up-Limoneto
.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pencuci mulut
Huraian : Elemen kesesuaian yang dimasukkan dalam gambar
tersebut sesuai
dengan latar yang digunakan. Ini disebabkan
perkataan “Chocolate” dalam gambar
tersebut memberikan kesesuaian kepada imej coklat yang terdapat dalam gambar
tersebut. Selain itu, warna coklat dan warna putih yang digunakan juga sesuai
dengan tulisan yang mengatakan “chocolate
& milk”. Oleh itu, gambar tersebut dapat menyampaikan mesej dengan
berkesan tanpa sebarang kekeliruan.
Rujukan :
https://images.app.goo.gl/x22KA9qErkuV8oWP8
Elemen : Kesesuaian
Tema : Makanan
Huraian : Gambar tersebut
mengetengahkan eleman kesesuaian. Hal ini
dikatakan demikian kerana, gambar tersebut mempunyai kombinasi yang sesuai.
Berdasarkan gambar ini juga, kesesuaian dapat dilihat melalui di antara
gabungan dari segi gambar makanan dengan teks. Malah, untuk gambar air pula
juga mempunyai gabungan yang sesuai dengan teks pada bahagian depan gelas
tersebut.
Rujukan : https://www.mcdonalds.com.my/nasilemakburger
Elemen :
Kesesuaian
Tema : Makanan
Huraian : Elemen
yang paling menonjol dalam gambar di atas ialah elemen
kesesuaian.
Hal ini kerana, foto pizza dilatari dengan bahan masakan, seperti
sayur-sayuran, rempah, serta kain lap yang terlihat masih lagi berkecah dan
tidak rapi. Suasana ini jelas menunjukkan latar tempat dapur yang selalunya
digunakan untuk memasak makanan seperti pizza. Oleh itu, sangat jelas bahawa
elemen kesesuaian diifokusan di dalam gambar ini untuk menarik perhatian
penonton.
Rujukan : https://www.sandraseasycooking.com/2019/07/easy-tuna-pizza.html
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pakaian
Huraian :Grafik
tersebut menunjukkan elemen kesesuaian. Dalam grafik tersebut, item yang
difokuskan adalah kasut sukan. Grafik tersebut memberikan maksud bahawa kasut
sukan jenama itu sesuai untuk pelbagai jenis sukan. Selain itu, latar masa
dalam grafik tersebut sesuai dengan watak iaitu watak tersebut bersukan pada
waktu petang.
Rujukan : http://a.did.as/6009E5CnF
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pakaian
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik
kesesuaian. Hal ini
kerana iklan Nike
tersebut mengandungi gambar dua orang watak yang berpakaian sukan dan berkasut
sukan. Gambar tersebut sangat sesuai dengan iklan kasut kerana mereka
memasukkan gambar dua orang watak memakai pakaian sukan untuk mempromosikan
kasut sukan keluaran syarikat tersebut. Oleh itu, seseorang akan memahami
bahawa iklan tersebut merupakan iklan kasut sukan.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/kQGRraRYWhGDP8jW6
.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kesihatan
Huraian : Elemen
kesesuaian diketengahkan dalam gambar ini. Gambar ini
menunjukkan gambaran
dari dalam mulut pesakit yang berjumpa doktor gigi. Gambar ini menepati
kehendak tema iaitu kesihatan. Maka, elemen yang ditonjolkan oleh gambar ini
ialah elemen kesesuaian.
Rujukan : https://i.pinimg.com/564x/ed/93/49/ed934942601ca45b64681866db786a46.jpg
Elemen :
Kesesuaian
Tema : Suasana di kampung
Huraian : Watak
tiga budak lelaki yang sedang berlari sambil bermain wau di
sawah padi dalam gambar
di atas adalah bersesuaian dengan temanya iaitu suasana di kampung. Berlatarkan
sawah padi yang menghijau, jelas menunjukkan suasana di kampung. Tiga budak
lelaki kelihatan riang tertawa. Ini menunjukkan suasan kampung yang sebenar.
ASAS GRAFIK-KESESUAIAN (AMBIL SENDIRI)-TAMING SARI
Elemen : Kesesuaian
Tema : Haiwan Peliharaan
Huraian : Gambar tersebut
mengetengahkan eleman kesesuaian. Walaupun
terdapat kesemua elemen asas grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang
dipaparkan lebih memberatkan kepada elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan
demikian kerana, berdasarkan kombinasi di antara gambar kucing dan teks yang
mewakili nama kucing sebagai Si Tompok. Selain itu, kesesuaian dari segi latar
belakang yang mampu memberikan fokus kepada objektif gambar yang ingin
disampaikan.
Elemen : Kesesuaian
Tema :
Kedai minuman
Huraian : Gambar ini cukup menarik dan bersesuaian. Hal ini kerana, penggunaan
latar tempat yang mampu menonjolkan watak kedai minuman
GoTCHa tersebut. Kehadiran watak wanita yang sedang duduk dan minum di sebuah
meja dapat penyampaian mesej bahawa ia merupakan sebuah kedai minuman. Oleh
itu, gambar ini menggunakan elemen kesesuaian untuk menarik perhatian orang
ramai.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian :.Gambar
diatas jelas menunjukkan elemen kesesuaian dalam elemen
asas
grafik. Hal ini kerana, latar masa dan latar tempat jelas
menunjukkan suasana yang
tepat untuk beriadah pada waktu petang. Tambahan juga, latar watak utama dalam
gambar, iaitu kanak-kanak sedang bermain belon, sangat menepati aktiviti yang
dilakukan oleh sekumpulan kanak-kanak apabila beriadah. Oleh itu, sangat jelas
bahawa elemen kesesuaian diifokusan di dalam gambar ini untuk menarik perhatian
penonton.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Aktiviti riadah
Huraian : Elemen
asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di atas ialah
elemen kesesuaian. Hal
ini kerana, jika seseorang melihat keseluruhan foto ini, pasti mereka akan
dapat memahami bahawa dua orang watak di dalam foto sedang melakukan aktiviti
mendaki gunung. Hal ini kerana, penampilan
watak yang berpakaian t-shirt, berseluar
tracksuit dan berkasut sukan sangat
bertepatan untuk aktivit luar. Bahan-bahan yang ditunjukkan, seperti tuala
kecil,kayu dan beg kecil untuk membawa bekalan minuman juga, jelas bersesuaian
dengan aktiviti mendaki gunung. Selain itu, latar tempat juga menunjukkan
suasana di dalam hutan dengan jalan yang bertar dan juga jalan yang bertanah,
yang mana sangat sesuai untuk aktiviti mendaki gunung. Begitu juga, latar waktu pagi yang ditunjukan
di dalam foto di atas, sangat bersesuaian dengan aktiviti mendaki gunung yang
selalunya di lakukan pada sebelah pagi.
Elemen :
Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian : Gambar
di atas mempunyai elemen kesesuaian. Hal ini kerana foto
tersebut memperlihatkan
seorang bapa dan anak kecil sedang bermain di gigi pantai. Gambar ombak kecil
dan laut serta langit cerah menunjukkan suasana waktu petang. Oleh itu, teks
“Suasana Pantai” sangat sesuai dengan watak dan suasana dalam foto tersebut.
Setiap watak dalam foto tersebut juga bersesuaian antara satu sama lain.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian : Elemen
yang diketengahkan bersdasarkan gambar ini ialah elemen
kesesuaian. Berlatarkan
laut dan langit yang terbentang luas, bot-bot di atas air menjelaskan bahawa
gambar ini terletak di Kawasan pantai. Manakala warna biru langit dan pantulan
warna langit di permukaan air menyerlahkan tema ketenangan. Oleh itu, warna dan
objek di dalam gambar menjelaskan gambar ini tergolong dalam elemen kesesuaian.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian : Gambar
di atas menunjukkan elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini kerana terdapat imej
tiga orang figura yang sedang menikmati pemandangan waktu senja di persisiran
pantai. Pemandangan pada waktu senja ini juga menimbulkan elemen kesesuian
kerana terdapat elemen warna biru langit dan laut yang mewujudkan susasana
redup serta tenang. Imej persisiran pantai dengan kesan tapak kaki dan ombak
yang berombak perlahan juga menghasilkan elemen kesesesuaian kerana ia
menandakan orang ramai menikmati pemandangan laut di persisiran pantai.
Elemen :
Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian : Imej tersebut menunjukkan elemen kesesuaian. Dalam imej tersebut
terdapat sekumpulan
wanita sedang berdiri di dalam air di pantai. Mereka mendepakan tangan dengan
gembira kerana merasakan angin pantai yang bertiup pada waktu petang. Oleh itu,
imej tersebut lebih mengetengahkan elemen kesesuaian kerana aktiviti yang
dilakukan adalah bersesuaian dengan latar tempat serta latar masa ketika itu.
Elemen : Kesesuaian
Tema :
Pemandangan
Huraian : Gambar awan, langit, pokok dan
matahari terbenam memberikan
elemen kesesuaian dalam gambar tersebut. Ini disebabkan ayat “suasana
matahari terbenam” dalam gambar tersebut memberikan kesesuaian kepada imej
matahari terbenam dan langit yang berwarna jingga yang terdapat dalam gambar
tersebut. Selain itu, warna langit yang berwarna jingga, dan warna pokok yang
kelihatan gelap yang digunakan sesuai dengan tulisan yang mengatakan “suasana
matahari terbenam” yang menunjukkan hari sudah gelap. Oleh itu, gambar tersebut
dapat menyampaikan mesej dengan berkesan tanpa sebarang kekeliruan.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Suasana senja
Huraian :
Bumbung rumah dan pokok yang gelap berserta matahari yang
menunggu masa untuk melabuhkan
tirai sementara menunggu bulan memunculkan diri adalah gambaran sebenar suasana
senja yang indah. Berlatarkan langit gelap, pokok yang besar dan bumbung rumah
yang tidak kelihatan warnanya. Pemandangan ini memberi seribu satu rasa buat
mereka yang memandang. Suasana senja sebegini amat diminati.
KETUA
KUMPULAN : NORAISAH BINTI MASRI (203307)
PENOLONG
KETUA : NUR AMIRAH BINTI ISHAK (203942)
Comments
Post a Comment