BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA-TAMING SARI

 

ASAS GRAFIK-WARNA (INTERNET)-TAMING SARI




Elemen           : Warna (Internet)

Tema              : Minuman

Huraian          : Gambar di atas mempunyai elemen warna. Hal ini kerana kombinasi warna yang terdapat dalam gambar tersebut sesuai. Gambar tersebut mempunyai tiga warna sahaja, iaitu, warna oren, putih dan biru. Foto tersebut jelas dan menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada gelas yang mempunyai jus oren dan warna pada teks juga sesuai kerana ia membolehkan seseorang membaca dengan sepintas lalu.

Rujukan         : https://images.app.goo.gl/m7V3FnURVr9rkkEfA

 



Elemen           : Warna (Internet)

Tema              : Papan Iklan

Huraian          : Gambar tersebut mengetengahkan eleman warna. Gambar yang dipaparkan telah memberikan fokus kepada satu warna sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan warna hijau untuk telefon dan latar belakang papan iklan tersebut. Penggunaan satu warna ini juga memainkan peranan untuk menarik perhatian khalayak kerana ianya merupakan salah satu elemen asas grafik juga. Walau bagaimanapun, terdapat penggunaan warna hitam juga ditekankan.

Rujukan         : https://www.google.com.my/search?q=billboard+iphone&client=safari&hl=en-my&prmd=inv&sxsrf=ALeKk00jHOoZojmgQBB4F85o6_mkuBnfaQ:1617460395915&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiKw9jCpeLvAhVdxTgGHeRbAOYQ_AUoAXoECAIQAQ&biw=375&bih=628&dpr=2#imgrc=lKoeNwptJDulyM&imgdii=ayCWR5_LedMafM





Elemen           : Warna (Internet)

Tema              : Poster 

Huraian          : Gambar poster ini sangat unik. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah kewujudan api pada latar belakang poster serta ditekankan lagi dengan pemilihan warna yang agak terang. Mesej pada teks yang bertajuk ‘Fireworks’ berkait rapat dengan warna api yang melambangkan konsep utama pada poster ini. Jelaslah, gambar ini termasuk dalam elemen warna kerana penggunaan warna api yang sangat menonjol.

Rujukan         :  https://twitter.com/ATEEZofficial/status/1364500320286564355/photo/1  

 

 

 


 Elemen           : Warna (Internet) 

Tema              : Makanan

 

Huraian          : Foto di atas memaparkan iklan promosi jualan makanan yang lebih mengetengahkan elemen warna dalam  elemen asas grafik. Pemilihan warna dominan yang dipilih adalah warna biru, putih dan kuning. Ketiga-tiga warna ini, telah  digunakan sepenuhnya dalam pembuatan foto tersebut. Latar berwarna biru gelap telah membantu menaikkan tulisan yang berwarna putih dan kuning yang bersifat terang. Dari segi warna yang dipilih, foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang sangat menyerlah dan terlihat sangat kemas serta berpadanan dengan tiap-tiap objek dan teks di dalamnya.

 

Rujukan         : https://www.freepik.es/psd-premium/plantilla-portada-restaurante-facebook_8607280.htm

 

 




Elemen           : Warna (Internet)

Tema              : Makanan

Huraian          : Grafik di atas mengetengahkan elemen warna. Penggunaan warna yang digunakan dalam grafik adalah sesuai dan minimalis. Penggunaan warna terang pada item yang difokuskan membantu menyerlahkan item dalam grafik tersebut. Grafik tersebut memfokuskan kepada gambar makanan yang diiklankan.

Rujukan         : https://i.pinimg.com/originals/e2/7a/89/e27a89feb6741d1f3648480271862af6.jpg

 



Elemen           : Warna (Internet)

Tema              : Sayur-sayuran

Huraian          : Kombinasi warna yang digunakan dalam gambar di atas ialah warna merah, warna hijau, warna coklat dan warna putih. Warna yang digunakan adalah warna-warna yang terang dan dapat menarik perhatian orang ramai untuk melihat gambar tersebut. Warna-warna yang digunakan ini sesuai dengan mesej yang mahu disampaikan iaitu sayur-sayuran bagi penggemar sayur. Oleh itu, mesej yang disampaikan dapat diterima oleh individu yang melihat dengan baik tanpa seberang kekeliruan.

Rujukan         :  http://cenerico.com/img/portfolio/bb6.jpg


 


 

Elemen           : Warna (Internet)

Tema              : Siaran Televisyen

Huraian          : Gambar iklan siaran televisyen di atas menunjukkan elemen asas grafik warna. Hal ini kerana terdapat penggunaan warna yang terang akan menarik perhatian orang ramai semasa melalui kawasan tersebut. Secara umumnya, grafik yang wajar tidak harus mengandungi lebih dari tiga warna. Dalam konteks gambar iklan di atas, ia mempunyai tiga warna dominan, iaitu kuning, jingga, dan putih. Gabungan warna panas dan sejuk akan meningkatkan lagi daya fokus orang ramai terhadap gambar iklan tersebut.

Rujukan         : https://images.app.goo.gl/sNQAW2evbKUuxb3M7

 

 



Elemen           : Warna (Internet)

Tema              : Kenderaan

Huraian          : Gambar tersebut mengetengahkan eleman warna. Hal ini kerana, penggunaan eleman warna yang tidak berlebihan menyerlakan lagi grafik yang ingin ditonjolkan. Warna biru yang digunakan pada kereta menjadi focus pada grafik ini. Oleh itu, grafik ini lebih mengetengahkan elemen warna untuk menarik perhatian.

Rujukan         : https://www.charlottemclaren.com/imagetag/371/main/l/New-2020-McLaren-720S-Spider-Performance.jpg

 





Elemen           : Warna (Internet)

Tema              : Pemandangan

Huraian          : Gambar pemandangan di atas menunjukkan kombinasi warna yang menarik dan memperlihatkan suasana yang tenang bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Gabungan warna yang serasi dan sentiasa dilihat di kebanyakan pantai. Pemandangan di pantai yang memaparkan keindahan langit. Ini adalah pemandangan di pantai yang sebenar.

Rujukan         : https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fkeluarga.my%2Fbiasakan-bangun-awal-pagi-itu-rahsia-orang-berjaya-deep-perkongsian-ni%2F105272-26_19_312159%2F&psig=AOvVaw0UddVJKyI761vUgK9nYXe_&ust=1617466405543000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCNjRyon63-8CFQAAAAAdAAAAABAU

 

 

 



Elemen           : Warna

Tema              : Kesihatan

Huraian         : Elemen yang diketengahkan dalam gambar ini ialah elemen warna. Antara warna yang menjadi fokus utama dalam gambar ini ialah hitam, putih, jingga, dan merah. Kombinasi warna ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada kelompok sasaran iaitu perokok. Oleh itu, penggunaan warna dapat memberi impak yang kuat kepada masyarakat.

Rujukan         : https://images.app.goo.gl/N28QncRhqj2YcqqC6


 

ASAS GRAFIK- WARNA (AMBIL SENDIRI)-TAMING SARI




Elemen           : Warna (Ambil Sendiri)

Tema              : Kanak-kanak

Huraian          : Gambar di atas mempunyai elemen warna. Hal ini kerana kombinasi warna yang terdapat dalam gambar tersebut sesuai. Gambar tersebut mempunyai lebih daripada tiga warna, iaitu, warna merah, hijau, coklat dan kelabu. Foto tersebut mempunyai lebih daripada tiga warna kerana terpulang kepada mesej yang hendak disampaikan. Warna-warna dalam foto tersebut jelas menunjukkan seorang kanak-kanak berbaju dan bertudung merah sedang duduk di sebuah kawasan rekreasi. Dalam foto tersebut seseorang akan terus memfokuskan kanak-kanak berbaju dan bertudung merah itu kerana warna merah yang menyerlah daripada warna latar belakang foto tersebut.




Elemen           : Warna (Ambil Sendiri)

Tema              : Ketenangan

Huraian          : Gambar tersebut mengetengahkan eleman warna. Meskipun gambar yang dipaparkan mempunyai beberapa elemen asas grafik tetapi elemen tersebut lebih memberatkan kepada elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut mempunyai kombinasi warna yang menarik. Beberapa kombinasi warna digunakan bagi memfokuskan sesuatu grafik seperti warna hijau untuk pokok, warna biru dan putih untuk langit dan awan serta warna jingga untuk sinaran matahari.

 



Elemen           : Warna (Ambil Sendiri)

Tema              : Album 

Huraian          : Rekaan album ini sangat menarik perhatian kerana ianya agak unik. Kombinasi  warna biru muda, biru gelap dan putih dapat menarik perhatian orang ramai. Teks yang digunakan agak kecil berbanding corak warna yang ketengahkan. Maka jelaslah, album ini termasuk dalam elemen mudah kerana menggunakan warna yang pelbagai untuk menyapaikan mesej.

 

 

 

Elemen           : Warna (Ambil Sendiri)

 

Tema              : Tumbuhan

 

Huraian          : Elemen asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di atas ialah elemen warna. Warna dominan yang difokuskan di dalam foto ialah warna hijau, putih, dan biru, manakala, warna pink pada bunga dan warna oren pada rama-rama merupakan warna tambahan yang membantu menghidupkan suasana di dalam foto. Bunga yang berwarna putih terlihat lebih menyerlah disebabkan latar berwarna hijau gelap.  Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah serta memfokuskan kepada bunga, daun dan langit.

 

 


Elemen           : Warna (Ambil Sendiri)

Tema              : Pemandangan

Huraian         : Imej di atas mengetengahkan elemen warna. Berdasarkan imej tersebut  warna yang terdapat pada imej adalah sangat minimalis dan sedikit iaitu warna biru langit, awan yang putih dan kekuningan serta warna pokok yang gelap. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa imej tersebut diambil ketika waktu senja. Oleh yang demikian, penggunaan warna yang sesuai dan minimalis dalam sesuatu gambar akan menarik perhatian orang yang melihat gambar tersebut.


Elemen           :  Warna (Ambil Sendiri)

Tema              :  Perhiasan

Huraian          :  Kombinasi warna yang digunakan dalam gambar di atas ialah warna kuning, warna hijau, warna coklat dan warna putih. Warna yang digunakan merangkumi warna gelap dan warna terang yang dapat menyerlahkan keindahan gambar tersebut. Warna-warna yang digunakan ini sesuai dengan mesej yang mahu disampaikan iaitu bunga yang dijadikan perhiasan dalam rumah. Oleh itu, mesej yang disampaikan dapat diterima oleh individu yang melihat tanpa keraguan.

 



Elemen           : Warna (Ambil Sendiri)

Tema              : Pemandangan di Laut

Huraian          : Gambar ini menunjukkan elemen asas grafik warna. Hal ini kerana elemen warna tersebut menonjolkan lagi aspek keindahan gambar pemandangan ini. Warna dalam gambar ini terdiri daripada warna sejuk, iaitu biru, putih dan sedikit elemen warna lain seperti kelabu dan hitam yang memberikan gambaran jelas tentang suasana di laut. Pantulan warna biru langit menghasilkan pemandangan warna biru laut yang menenangkan. 

 

 


Elemen           : Warna (Ambil Sendiri)

Tema              : Pencuci mulut

Huraian       : Gambar ini lebih memberatkan kepada eleman warna. Hal ini kerana, kombinasi tiga warna yang tidak berlebihan menyerlakan lagi watak yang ingin ditonjolkan. Warna merah pada watak yoghurt yang digunakan mencuri tumpuan orang yang melihatnya. Oleh itu, elemen warna yang diketengahkan dalam gambar ini menyampaikan mesej dengan baik.

 

 


Elemen           : Warna

Tema              : Bunga

Huraian          : Gambar di atas menunjukkan gambar bunga matahari yang berwarna kuning serta bungkusannya yang berwarna putih menonjolkan lagi warna bunga tersebut. Bunga matahari adalah lambang bagi kesetiaan dan kepatuhan terhadap seseorang atau sesuatu. Maka. Bunga matahari adalah salah satu hadiah yang sesuai untuk diberi kepada sesiapa sahaja. Warnanya yang cantik, menjadikan ia sebagai salah satu kegemaran ramai.




Elemen           : Warna (Ambil Sendiri)

Tema              : Penjagaan Kulit

Huraian          : Elemen yang diketengahkan dalam gambar ini ialah elemen warna. Berdasarkan gambar, warna yang dipilh dalam gambar ini ialah kuning, kelabu, dan hitam. Warna kuning ditonjolkan untuk menyerlahkan produk pelindung matahari. Warna kuning juga sebagai simbol matahari. Oleh itu, penggunaan warna kuning dalam gambar ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.

 

 

KETUA: NUR AMIRA HAMIZA BINTI SAMSOL (203010)
PENOLONG: SITI SHAHIRAH BINTI AB GHANI (201814)


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK