BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

 


https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o

Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka


Dilema pengembara adalah kisah dari seorang wanita yang bernama Dr Siti Nur Aliaa Roslan yang mengembara ke negara asing kerana ingin keluar dari comfort zonenya. Beliau juga ingin melihat dan mengenali lebih banyak karenah manusia. Dr Aliaa dalam siaran langsungnya bersama Dewan Bahasa dan Pustaka mengingatkan orang ramai agar mencari maklumat terlebih dahulu sebelum menerjah ke sesuatu tempat agar dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Dr Aliaa merupakan seorang wanita yang suka dengan sesuatu benda yang baharu selain suka mencabar dirinya sendiri dengan melakukan perkara yang jarang dilakukan oleh orang lain. Mempelajari sesuatu bahasa yang baharu juga adalah minatnya. 

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam pengembaraannya, Dr Aliaa mengatakan bahawa beliau meminati banyak benda baharu termasuklah melihat orang asing yang tidak dikenali. Bermula dari usia yang muda, percutian keluarganya pada setiap kali musim cuti sekolah membuatkan Dr Aliaa semakin teruja untuk mempelajari benda baharu. Pada usia 16 tahun, Dr Aliaa telah menjejakkan kaki ke United Kingdom. Dan pada usianya 17 tahun, Dr Aliaa telah mengenali negara Itali. Secara umumnya, ibu kepada Dr Aliaa telah membawa keluarganya ke Pulau Pinang dek kerana ingin menyambung tradisi nenek mereka yang membawa ibu Dr Aliaa ke negeri tersebut sedari beliau kecil. 

 

Dr Aliaa mampu menyesuaikan dirinya di negara asing dan ianya sangat mengujakan kerana tidak semua orang mampu menyesuaikan diri mereka. Dengan cara mempelajari bahasa sesuatu negara, ianya menjadikan Dr Aliaa sebagai seorang manusia yang mampu menyesuaikan dirinya dengan keadaan semasa. Berdasarkan pengalaman Dr Aliaa, beliau mengatakan bahawa terdapat pelbagai perbezaan apabila menjejakkan kaki ke luar negara. Bukan itu sahaja, percutiannya ke Sabah dan Sarawak juga memberi banyak kelainan tidak seperti di Semenanjung Malaysia. 

 

Dilema pengembara memberi sejuta satu inspirasi kepada aku, agar dapat mengikut jejak langkah Dr Aliaa suatu hari nanti💓. Sesiapa yang nak tahu dengan lebih lanjut penceritaan Dr Aliaa dan perkongsian yang sangat menarik dari beliau, boleh tekan video atau link di atas. 

 

Sehingga berjumpa lagi di post seterusnya! Adios!




Bukti screen shot sebagai tanda hadir pada live Dr Aliaa✅


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021