BBM3410-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018)

 

PRA-ANDAIAN

Ø  Terbahagi kepada dua iaitu intuisi dan konteks. Ianya merupakan gerak hati untuk memahami sesuatu melalui pemikiran rasional dan intelektual. Manakala konteks pula ialah penerimaan terhadap sesuatu

EMOSI

Ø  Emosi terbahagi kepada tiga iaitu positif, negatif dan emosi bercampur. Emosi ialah perasaan yang wujud dalam diri seseorang manusia, ianya bergantung kepada situasi untuk menerbitkan emosi sama ada positif, negatif atau bercampur.

NILAI DAN BUDAYA

Ø  Mempunyai tiga bahagian iaitu diri, masyarakat dan adat. Nilai ini perlu ada dalam diri serta masyarakat. Contoh nilai ialah jujur, ikhlas dan baik hati. Bagi budaya pula iaitu adat, ianya haruslah berdasarkan sesebuah negeri atau negara itu sendiri.

BAHASA

Ø  Terdiri dari bahasa pertama, kedua atau ketiga. Sama ada formal atau tidak formal. Mempunyai kesalahan bahasa serta aspek linguistik. Kesemua aspek ini dianalisis supaya huraian lebih jelas.

INFERENS

Ø  Rumusan keseluruhan, topik dan penutup merupakan inferens yang perlu dibincangkan agar lebih lengkap dan jelas.

 


 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021